KEMBANG SEJATI CHALET
KEMBANG SEJATI CHALET

KM 52, KAMPUNG BALIK BUKIT, KUALA LINGGI
78200 KUALA SUNGAI BARU, MELAKA.
Kembang Sejati Chalet adalah sebuah tempat yang menarik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa. Anda akan berpeluang melihat matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi kerana chalet kami terletak berdekatan dengan pantai pengkalan balak, pantai yang indah dan selesa untuk percutian anda.
Kembang Sejati Chalet juga menawarkan kepada anda percutian lengkap bagi setiap peringkat umur tidak kira anda datang bersama keluarga rakan, mahupun kekasih, pasti anda tidak akan melupakan keseronokan berada di sini.
Kembang Sejati Chalet terletak berdekatan dengan pantai pengkalan balak di mana terdapat perkampungan nelayan yang pastinya membuatkan anda tertarik untuk mempelajari cara hidup mereka. Anda juga mungkin berpeluang melihat sendiri penyu karah yang banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini.
Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang, di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami.
___________________________________________________________
DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.









____________________________________________________
BERMINAT? SILA HUBUNGI KAMI DI:
EMAIL:
tempahanpenginapan@yahoo.com






